E-BOOK PERCUMA
Date Converter
Technical Dictionary
Asas Fardu'ain
40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman
Kitab Qursani
40 Rahsia Jana Pendapatan
MindMap Usahawan
Petua Pengiklanan
Kenali Skim Cepat Kaya







      BANK TEMPATAN



    PAUTAN AFFILIATE
MSMv3 - Buat Duit Dengan Myspace & Friendster :: butterfly








RAHSIA TAHI LALAT


wajah Cik Norimah ketika bertahi lalat dan selepas rawatan.

          Rata-rata manusia mempunyai tahi lalat. Tahi lalat terdiri dari pelbagai jenis, ada yang berbentuk kutil, dot, berwarna hitam, coklat atau merah kehitaman. Tahi lalat menjadikan seseorang itu tampil manis dan penyeri wajah bila terletak pada tempat seperti di tepi bawah mulut. Namun tidak semua tahi lalat menjadi penyeri wajah sebaliknya membawa penyakit  atau menghodohkan wajah dan kehidupan seseorang.

          Merujuk kepada cerita Mr Chan, kaum cina Tionghua amat mempercayai kedudukan setiap tahi lalat dianggota badan yang membawa maksud tertentu. Ada tahi lalat boleh membawa 'luck' kebaikan dan ada yang boleh membawa keburukan (bala dan musibah) dalam kehidupan seseorang. Menurut masyarakat cina kaum Tionghua lagi, tahi lalat yang tumbuh dibelakang badan, tengkuk dan bahu boleh mendatangkan beban hidup yang tidak berkesudahan seperti sering dilanda masalah kewangan, tegang dan panas dalam hubungan kekeluargaan, masalah rumahtangga, halangan jodoh dan sering rasa tertindas dan tekanan serta penyakit mudah datang dan susah untuk dipulihkan, sering ditimpa masaalah dan tiada ketenangan jiwa dan perasaan.

          Tahi lalat didada (diantara leher hingga ke payudara) menandakan seseorang itu mudah ditipu wang ringgitnya, malah boleh menjadikan ia muflis dalam perniagaan akibat ditipu. Orang yang terdekat menipu kehidupannya adalah kawan-kawan yang terdekat. Didalam perhubungan persahabatan pula kawan-kawan hanya berkawan dengannya atas adanya kepentingan. Tujuan ikhlas berkawan jauh sekali. Manakala tahi lalat yang berada di tengah alur garisan antara leher ke pusatditakuti boleh mengakibatkan mati dalam aib atau kematian yang dirancang atau mendapat kemalangan yang teruk.

          Menurut Mr. Chan lagi, tahi lalat yang terletak di antara pusat ke bawah alat sulit, jika perempuan, peranakannya (rahim) boleh menjadi lemah mengakibatkan keguguran bila mengandung, masalah dalaman di dalam perut, masalah gangguan tenaga batin (lemah, tiada nafsu dll). Sekiranya dia seorang lelaki, boleh mengakibatkan sperma lemah dan kurang tenaga batin.

          Tahi lalat yang berada di pipi, samada kiri atau kanan, sedikit sebanyak akan membuat seseorang itu disetiap percakapannya sentiasa ingin menang, tidak mahu mengalah, sering mahu orang lain ikut kata-katanya. Hubungan dengan pasangan dan rakan boleh tegang dan panas kerana perbalahan percakapan.

          "Dipercayai juga ada diantara tahi lalat boleh membuatkan makhluk halus (jin, jembalang, polong) datang 'menumpang' pada diri seseorang dan juga mudah dimasuki kuasa jahat (sihir). Gangguan dari makhluk halus ini akan menjadikan seseorang itu tidak bermaya, sakit, panas baran atau sering mengantuk." Cerita dari Mr. Chan, Tabib dan pakar reflexology. Tidak hairanlah kaum cina begitu benci kehadiran tahi lalat di satu-satu kedudukan badan kerana tidak semua tahi lalat itu mendatangkan kebaikan.

          Tahi lalay yang hidup membesar, berbulu dan berubah-ubah warna merah. coklat dan kadangkala kehitaman ditakuti boleh membawa penyakit dan berkecenderungan bertukar menjadi barah kulit yang digelar 'Cell Cancer'.

          "Pada pendapat saya, tahi lalat boleh dianggap penyakit yang boleh memudaratkan diri. Penyakit itu tidak semestinya yang dipanggil sakit kencing manis, buasir, sakit jantung sahaja tetapi penyakit hati, benci, dendam, bala dan musibah juga adalah penyakit. Bermula dengan namanya 'tahi', tahi itu najis dan lalat juga najis. Memang logiklah kita membuang mana-mana tahi lalat berpenyakit ini, kerana sewaktu kita dilahirkan kita tidak didatangi dengan tahi lalat yang tumbuh merata di badan. Bagi kita yang beragama Islam dan Melayu bertamaddun, apabila ingin membuang tahi lalat haruslah dilihat pada sudut kesihatan dan untuk kesejahteraan dira samada dalam mata kasar mahupun halus, maka hukum membuangnya adalah 'harus'. Selebihnya kita tawakkaltualal'lah sebagaimana dalam firman Allah,

"AKU tidak akan merubah nasib seseorang itu melainkan ia merubahnya sendiri".

Saya sendiri pernah membuang mana-mana tahi lalat yang saya rasa memang mendatangkan penyakit pada diri dan menghalang aura positif dalam diri". Ulasan dari Pn. Nor Zaini Ali (pemilik dWi d'Beaute).

          "Saya pernah didatangi oleh seorang duda kaya di Pusat Rawatan saya yang menceritakan kepedihan dan tekanan hidup dengan anak-anak dan perniagaannya. Kegagalan dalam perkahwinan dan hidup yang diselubungi noda, dosa dan arak. Pada renungan saya dia asalnya adalah lelaki yang baik dan mempunyai pegangan agama yang kuat tetapi akhirnya kecundang diatas kegagalan rumahtangganya. Pada usia dia mencecah 47 tahun dan anak-anak yang tengah membesar masih memerlukan perhatian, dia hilang arah dan pedoman. Saya bersimpati dan ingin sekali membantu sebaik mungkin. Merenung jauh dirinya bukan mudah untuk menyakinkan dia seseorang yang berpelajaran dan ahli korporat dengan usianya yang matang. Saya suruh dia buang segala titik-titik hitam kutil dan tahi lalatyang tumbuh merata di badannya sebelum membuat susulan rawatan aura. Saya ikhlas ingin merawat dia dan memohon kehadrat Illahi agar dia bertemu jodohnya, tenang dan anak-anak kembali mesra dengannya. Enam bulan kemudian lelaki ini datang semula dengan membawa seorang wanita berserta kad jemputan perkahwinan. Saya bersyukur dan menumpang gembira apabila dia memperkenalkan kepada saya wanita itulah bakal menghiasi hidupnya. Inilah antara salah satu kisah yang saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang tahi lalat. Adakah ia secara kebetulan? Wallahualam... yang penting kita usaha pelbagai cara merawat diri". Cerita dari Pn. Nor Zaini.

          Bagi mereka yang ingin membuang tahi lalat tanpa perlu pembedahan bolehlah dapatkan set Magic Touch keluaran dWi d'Beaute ini pada harga RM 180.00 per set. Klik sini untuk ke halaman tempahan.


AMARAN!!!

SET MAGIC TOUCH TIDAK BOLEH DIGUNAKAN OLEH MEREKA YANG MENGIDAP KENCING MANIS DAN MEREKA YANG TAHI LALATNYA TELAH DIJANGKITI PENYAKIT.



Search the web
Search this site




     ARTIKEL
Rahsia Tahi Lalat
PLR Software    


Copyright www.d-beauty.com 2009